Wednesday, February 9, 2011

Tabahkanlah hati ku.....

Salam.


Alhamdulillah, lama tak jenguk blog sendiri. Sejak kebelakangan agak sibuk dan malas nak menulis. Tp kini masa yang ade ini akan ku luahkan sepenuhnya sebagai melepaskan tekanan yang sekian lama terpendam.


Ternyata aku bukanlah insan yang maksum, tapi insan yang lemah dari segala-galanya...aku terpaksa akur dengan takdir walau hati ini masih belum bersedia utk menerimanya. aku benci dengan apa yg berlaku ke atas diri ku. Aku tandus segala2nya. Aku gagal.... Aku gagal dlm cinta dan kasih sayang. Dan kini aku terpaksa mencari kebahagiaan ku sendiri tanpa nya di sisiku. Kalau lah dapat diputarkan masa, aku pasti takkan menikah denganmu. 


Aku akan cuba bersabar dan menjadi insan yang paling tabah, setabah srikandi di zaman nabi kesayangan Rasullah saw, menjadi insan yang akur pada kehendakNya. Walaupun hati kian parah dan terluka tapi inilah hakikatnya yang terpaksa aku harungi demi anak kesayanganku sofea. Kebahagiaannya adalah kebahagiaanku...jika sekira aku tak bahagia di diunia, semoga Allah membahagiakan aku diakhirat nanti...sekiranya jodoh ku di dunia ini memeritkan dan sengsara biarlah diakhirat aku bahagia bersama Mu. Cuma pintaku agar Kau sentiasa bersama ku, kerana di dunia, suamiku tak mampu memberi kebahagiaan padaku sebaliknya penderitaan cinta yang amat menyakitkan.


Ya, Allah aku pohon pada mu, sekiranya aku tak bahagia tapi biarlah suami dan betina tu bahagia hingga ke akhir hayat. Dan diriku biarlah begini utk selamanya kerna itulah kehendak yang telah ditentukan...Janjilah padaku ya Allah, agar kau sentiasa berada disisku dan menjanjikan kebahagiaan pada ku kelak. Yg penting adalah kau TABAHkanlah hati ini sampai aku menghembuskan nafas terakhir....Amin.